Monday, September 15, 2014

PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA




DEFINISI  PERLEMBAGAAN 

§ SHAMSUL AMRI
Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

§ TUN SALLEH ABAS 
Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

§ RUSLAN ZAINUDDUIN 
Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

§ SALMAH HUSSAIN 
Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau 
sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa

Rumusan
Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang 
menentukan organisasi kerajaan, 
pembahagiaan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip2 umum bagaimana kuasa2 
tersebut dilaksanakan 




SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
• 10  Oktober 1945 – Malayan Union diluluskan oleh parlimen   British 
• Januari 1946 – 50 000 orang Melayu mengadak  demonstrasi di Alor Setar 
• 10 Februari 1946 – 10 000 orang Melayu  di Kelantan dan  15 000 orang Melayu di Johor   mengadakan demonstrasi.
• 1 April 1946 – Malayan Union diisytiharkan dengan Sir    Edward Gent sebagai Gabenor pertama.


Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

i. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannya terpisah.
ii. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.
iii. Malayan Union merupakan langkah pertama dalam proses menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri.


Ciri-ciri Malayan Union:
i. Semua Negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Malayan union ini akan diperintah oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan.
ii. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British.
iii. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh nersuara dalam soal yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
iv. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Pengenalan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.



Sebab-sebab penentangan Malayan Union:
i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.
iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
iv. Cara Harold Mac Mishael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan daripada tahkta pemerintahan.



SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948








• Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan Malayan Union, akhirnya British mengalah apabila Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
• British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union pasti akan gagal.
• Julai 1946 (Jawatankuasa Kerja):
– 4 orang wakil Raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai British.
Bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baharu yang boleh diterima oleh orang Melayu.
• Disember 1946 (Jawatankuasa Perunding):
– 5 orang Eropah, 2 orang Cina, 2 orang India 
– mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.
• Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948
• Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan orang bukan Melayu semakin kuat.



Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu:
i. 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melak. Singapura kekal sebagai menjadi tanah jajahan yang berasingan.
ii. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
iii. Majlis Mesuarat Kerja Prsekutuan akan terdiri daripada 3 orang anggota ex-officio, 4 orang anggota rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi) dan sekurang-kurangnya 5 dan selebih-lebihnya 7 orang anggota tidak rasmi (dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi).
iv. Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi,  3 orang anggota ex-officio, 9 oramh Yang Dipertua Majlis-majlis Mesuarat Negeri srta 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang dan 10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi (kesemuanya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi)
v. Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
vi. Syarat-syarat kewaganegaraan diperketat. Misalnya, seorang yang layak mendapatkan kewarganegaraan secara permohonan mestilah telah lahir di Tanah Melayau dan bermastautin disana selama 8 daripada 12belas tahun permohonannya atau telah bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonannya. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut ialah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu atau Inggeris yang baik.
vii. Orang Melayu diberi hak istimewa sbagai kaum Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.



JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM 1949
Ke arah Mencapai Perpaduan kaum
• Melalui CLC ini, pemimpin daripada pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian.
• Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C Tan, dan Dr J.S Goonting.
• Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
• Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

Ke arah Mencapai Perpaduan kaum 
Ø Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949 
Ø Dikenali sebagai Community Liason Committee (CLC) * Jawatankuasa     Hubungan Antara Kaum.
Ø  Dianggotai pemimpin Kaum Melayu, Cina, India, Ceylon, Serani dan Eropah.
Ø  Pengerusi ialah E.E.C. Thuraisingam.
Ø  Penasihat- Sir Malcolm MacDonald.




Ke Arah Kemerdekaan : Pilihanraya
• Perikatan dan Pilihanraya 
– Pilihanraya Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan pembentukan Perikatan oleh UMNO dan MCA diikuti Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
• Pilihanraya Umum 1955 
• UMNO, MCA dan MIC bergabung 
• Peruntukan kerusi 
• Kata-kata Tunku Abdul Rahman dan T.H Tan 
• 
Pilihanraya 1955
• Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).  
• Sewajarnya berdasarkan bilangan pengundi, UMNO boleh membentuk kerajaan dengan dua pertiga kerusi Melayu tanpa perlu bergabung dengan MCA dan MIC tetapi hal ini tidak dilakukan 
• Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman
• Ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman : 
•  " … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu". 
• Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman Juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan :
•  "… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India". 


Rombongan Kemerdekaan : Januari 1956
• Wakil Raja-raja Melayu:
1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua.
2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor. 
3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar Johor.
4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan 
• Wakil Perikatan:
5. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.
6. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.
7. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
8. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.
9. Setiausaha: T.H. Tan


Perjanjian London 1956
• Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.   
• Beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:
1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
3. British mendapat hak menempatkan tentera di Tanah Melayu.
4. Suruhanjaya Reid.
5. Jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.





      Suruhanjaya Reid 
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.  
• Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).   
• Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. 

Membincangkan perlembagaan negara dari 1948 hingga 1963 dan kaitannya dengan hubungan etnik
• Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang 
• Kewarganegaraan 
• Agama bagi Persekutuan 
• Undang-undang utama persekutuan 
• Keabdian dan kerja paksa dilarang 
• Kesamarataan 
• Kebebasan diri 

PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957 ( PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957)
Cadangan Suruhanjaya Reid 1959. 
• Kerajaan British elah membentuk sebuah Suruhanjaya khas pada bulan Jun 1956 yang ditugaskan untuk merangka satu perlembgaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. 

Suruhanjaya Reid. 
• Pengerusi : -Lord Reid. (Britain) 
Ahli:
• Sir Ivor Jennings (Britain )
• Sir William Mckell (Australia )
• Hakim bin Malik  (India)
• Hakim bin Abdil Hamid (Pakistan)  


Tujuan .
• Menggubal satu perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.


Syarat: 
• Kerajaan Persekutuan yang kuat.
• Menjamin kedudukan istimewa orang melayu.
• Memelihara kedudukan raja-raja melayu sebagai pemerintah.
• Melindungi kepentingan sah kaum bukan melayu dan prinsip-prinsip demokrasi..

MEMORANDUM PERIKATAN DAN TOLAK ANSUR ANTARA KAUM (1956-1957)
• Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum secara bertulis yang mewakili pelbagai pihak, termasuk memorandum daripada Parti Perikatandan raja-raja Melayu.
• Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk ‘pakatan murni’ yang dihasilkan mlalui perundingan, tolak ansur dan kerjasama antara UMNO, MCA dan MIC.
• Memorandum ini mencerminkan aspirasi dan keinginan masyarakat berbilang kaum di tanah melayu. 

Kandungan Dalam Memorandum
•  Kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
• Kewujudan institusi Yang DiPertuan Agong dan Timbalan Yang DiPertuan Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi.
• Majlis Raja-Raja yang disediakan diteruskan.
• Pembentukan Parlimen yang mengamalkan sisitem dua dewan.
• Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.
• Islam senagai agama rasmi dan Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
• Takrif “Melayu” dalam perlembagaan.
• Pakatan murni tersebut meliputi dua perkara iaitu mengekalkan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu bhs Melayu, agama Islam, institusi raja dan kedudukan istimewa org Melayu 

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957
• Ketua negara bagi Persekutuan Tanah melayu adalah Yang Dipertuan Agong.
• Ketua kerajaan bagi PTM ialah Perdana Menteri.
• Dewan Rakyat dan Dewan Negara ditubuhkan di peringkat persekutan.
• Ketua Perlembagaan di peringkat negeri ialah Sultan,Raja atau Yang Dipertuan Negeri.

Peruntukan Bahasa. 
• Bahasa Melayu dijadikan Bahasa kebangsaan.
• Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam dalam persidangan majlis mesyuarat undangan dan mahkamah dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.
• Agama Islam dijadikan Agama rasmi.
• Kedudukan istimewa orang melayu.


PERLEMBAGAAN MALAYSIA 1963

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
§ Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura telah menyebabkan Perlembagaan Merdeka digubal dan diubahsuai yang dinamakan Perlembagaan Malaysia mulai 16 September 1963
§ Perkara-perkara utama dalam Perlembagaan 1957 tidak diubah kecuali memasukkan peruntukan-peruntukan berkaitan dgn kepentingan Sabah dan Sarawak 
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Unsur-unsur tradisi
Bahasa Kebangsaan 
Agama Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pemerintahan beraja 
Unsur-unsur ini telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan diwujudkan pada 1975.
Fungsi : Menstabilkan sistem politik negara.
Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor sejarah,tradisi,ekonomi dan sosial yang wujud sebelum 1975.
Unsur-unsur tradisi menjadi prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
Hak istimewa orang Melayu,Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik.
Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak diberi status yang sama seperti orang Melayu.
BAHASA MELAYU
• Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka 
• Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
• Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. 


Rasional Perkara 152 
• Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain 
• Menjadi bahasa lingua franca 
• Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi 
• Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu 
• Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
• Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu. 




PEMERINTAHAN BERAJA
• Pemerintahan beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial di NNM sejak berabad2 lamanya.
• Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri.
• Raja dibantu oleh pembesar2 yang dilantik (sebelum penjajahan British)
• Semasa penjajahn British, kuasa mutlak raja mulai terhad.
• Raja mesti terima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal adat istiadat Melayu dan agama Islam. 
• Hal ini juga berlaku semasa Malayan Union diperkenalkan yg menghapuskan kuasa Raja2 Melayu.
• Kuasa raja2 Melayu dikembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan setelah MU mendpt tentangan hebat dari org Melayu.
• Setelah negara mncapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan.
• Ini selaras dgn sistem demokrasi yang diamalkn di Malaysia.
• Menurut konsep Raja Berperlembagaan, raja2 bertindak mengikut lunas2 perlembagaan yang telah ditetapkan. 






Sumber diperolehi laman web



No comments:

Post a Comment