Keprihatinan malaysia terhadap pembangunan insan
Malaysia
memberi penekanan yang tinggi terhadap pembangunan insan kelas pertama dimana
bina
upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun
2020.
Oleh
itu, isu-isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas
pertama,
pendidikan
sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus diambil perhatian
lebih
untuk menghasilkan kecemelangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020.
Y.A.B.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan
revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan
sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan
merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan
merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.
(
Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-48 Tahun 2005 )
Bagi
merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga
kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,
termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu,
berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti,
bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat
patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang
memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara
pada masa hadapan
Pendidikan dan Kemahiran
Kejayaan
agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan
negara. Oleh itu, usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada
semua peringkat dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi sedang giat
dilaksanakan di Malaysia.Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan
pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan
bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007.Pelan tersebut yang dilancarkan sendiri
oleh Perdana Menteri jelas menyediakan landasan kukuh dalam meningkatkan
kecemerlangan (Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) negara.
Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed menegaskan bahawa PSPTN akan melonjak
usaha murni kerajaan untuk melihat lebih ramai modal insan kelas pertama
dilahirkan oleh PTA dan IPTS tempatan.
“Kita
mensasarkan perubahan radikal akan berlaku dalam setiap aspek pendidikan tinggi
negara dengan perlaksanaan sepenuhnya PSPTN ini,” katanya kepada Bernama.
PSPTN
juga katanya adalah kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang dilancarkan Abdullah pada Januari 2007 untuk meningkatkan
kecemerlangan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia telah menterjemahkan hasrat ini menjadi pelan tindakan yang
mesti dilaksanakan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia melalui
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu :
(i) Meluaskan akses dan meningkatkan Ekuiti;
-Pendemokrasian
melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga
kerja berpendidikan tertiari)
-Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi
- biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)
(ii) Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
-Dasar
kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industry
-Penambahbaikan
kurikulum berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris
diperluaskan
Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
100,000 PhD atau setaraf
(iii) Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi;
-
Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
-6 buah Universiti Penyelidikan
-20
pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
- Budaya inovasi dalam kalangan pelajar
-10% hasil penyelidikan dikomersialkan
(iv) Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
-Satu
(1) atau dua (2) buah Universiti APEX daripada kalangan IPT dalam tempoh
terdekat
- Tiga (3) IPT antara 100 universiti terbaik
dan satu antara 50 universiti terbaik di dunia
-Kuasa autonomi mengikut KPI
-75% pensyarah berkelayakan PhD
- Penarafan IPT mengikut KPI
(v) Mempergiatkan pengantarabangsaan;
-Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar
negara
-Purata
10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
-5% pelajar antarabangsa dalam kursus
kompetitif
- Pelajar pascakedoktoran di IPT terbaik
dunia (top schools)
-Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar
antarabangsa di Universiti Penyelidikan
- Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
- Biasiswa Antarabangsa Malaysia
(vi)Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat;
- Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat
(PSH) melalui MQF
-Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman
terdahulu
- Peningkatan penyertaan golongan dewasa
- Laluan alternatif dan mobiliti program
(vii)Mengukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian
Tinggi;
-KPT
sebagai pemudah cara sistem penyampaian terbaik Keberkesanan pelaksanaan dan
pemantauan
-KPI
- berdasarkan prestasi Perbelanjaan berhemah
Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA
berdasarkan merit
Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berucap mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen pada 31 Mac 2006 iaitu :
“Sekiranya kita ingin melangkah ke era
ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita ingin menjadi negara maju dan
kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam
konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan,
bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan
digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara
holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan,kemahiran, modal intelektual
termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,dan juga pembudayaan sikap
progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan
modal insan berminda kelas pertama”
Institut Kajian Dasar
Institut
Kajian Dasar (IKD) yakin bahawa pembangunan insan ialah prasyarat kepada
seluruh program pembangunan nasional. Tupuan utama IKD ialah pembangunan insan
yang holistik sifatnya.
IKD
sedar sebagai langkah untuk menjamin kejayaan sesebuah negara, golongan
mestilah menyalurkan masa dan tenaga kepada kegiatan-kegiatan yang sihat. IKD
menyediakan latihan untuk mereka dalam pelbagai aspek termasuklah pembentukan
akhlak, ciri-ciri kewarganegaraan yang baik, pembinaan negara bangsa dan
pengurusan organisasi. Beberapa siri seminar diadakan dengan tujuan
menghidupkan semula nilai- nilai kemanusiaan sejagat, keberanian, toleransi
agama, dan saling hormat menghormati terutamanya dalam masyarakat majmuk
seperti Malaysia.
IKD
berjuang demi keadilan sosial. Kekayaan negara ini mestilah diagihkan secara
adil tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak berdasarkan pegangan agama
atau latarbelakang keturunannya. Tidak ada satu sektor pun dalam masyarakat
yang harus dipinggirkan oleh arus utama pembangunan ekonomi. Kita bertekad
membina masyarakat adil dan penyayang.
Perindustrian
dan perbandaran telah mengubah struktur masyarakat dan menggugat nilai-nilai
kehidupan kekeluargaan. Kekayaan negara dari satu segi menjejaskan semangat
kesukarelaan di kalangan anggota masyarakat. Semuanya ini mesti diperbetulkan
dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju dan masyarakat mampan dalam
acuan kita sendiri tanpa mengorbankan nilai-nilai keagamaan dan ketimuran yang
kita sanjungi.
Institut
ini menghargai sumbangan wanita terhadap kemajuan negara. Kedua-dua kaum lelaki
dan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Kita yakin
bahawa pembangunan nasional akan dipermudahkan sekiranya pendekatan kita kepada
masalah gender ialah pendekatan kerjasama.
Dengan
meningkatnya peranan Malaysia dan rantau ini di arena antarabangsa, IKD juga
melihat keluar. Penglibatan kita dalam menggalakkan kerjasama serantau bertolak
daripada keyakinan kita bahawa perkongsian kekayaan di rantau ini ialah
prasyarat terhadap kestabilan serantau. Tidak ada suatu bangsa atau negara pun
yang harus diketepikan daripada kemakmuran ini. Kemasukan negara anggota yang
baru ke dalam ASEAN sepatutnya dipermudahkan. Usaha-usaha pelbagai hala untuk
memastikan wujudnya satu platform yang lebih baik bagi negara-negara rantau ini
bertukar- tukar pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi juga
patut digalakkan.
No comments:
Post a Comment