Antara
tokoh-tokoh yang memperjuangkan Sabah ialah;
a)Antanom
b)Mat Salleh
c) Shariff Osman
d) Pak Musa
Latar
Belakang :
• Nama
sebenar : Ontoros Antanom
• tahun lahir
: 1875
• merupakan
ketua orang Murut di Rundum
Faktor
penentangan:
• SBUB
melarang buka tanah baru – akibatnya mereka kekurangan beras
• Cukai yang
membebankan – cukai kepala (1 dollar), cukai tanaman (50 sen), cukai-cukai memelihara Anjing(1 Dollar)
• Menjadi
buruh paksa – Orang Murut dijadikan buruh paksa untuk membina jalan dan memasang kawat telegraf
• Menzalimi
keluarga – suami isteri diletakkan berasingan dan setiap kali kunjungan mesti
membayar 1 dollar, dan jika ada dua anak, salah seorang akan dijadikan buruh
paksa
Perjuangan:
Revolusi Rundum - Dibawah pentadbiran Syarikat
Borneo Utara British (British Chartered North Borneo Company - BCNBC), selain
mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh penduduk tempatan,
pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut yang memiliki dua orang anak
untuk menyerahkan seorang dari mereka sebagai buruh syarikat.
Hilang sabar, Ontoros Antonom mengumpulkan hampir
seribu pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk menentang
empayar British pada tahun 1915. Pegawai British dikejutkan dengan beratus
pahlawan Murut membanjiri bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka.
Ontoros Antonom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan rumah.
Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang
tentera yang dilengkapi dengan senjata api bagi menyerang balas. Sungguhpun
pihak Murut hanya memiliki senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing,
tentera British gagal menundukkan merekaDengan itu mereka memasang perangkap
dengan menawarkan perundingan damai di Rundum. Apabila Ontoros Antonom dan
pengikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepung dan ditahan
oleh beratus-ratus tentera British. Selepas itu Ontoros Antonom telah dihukum
mati oleh pihak British
Latar
Belakang:
• Lahir di
kampung Inanam
• Ayahnya
bernama Datu Balu (pembesar Sulu) dan pemerintah daerah Sungai Sugut
• Ibunya
bernama Inanam
• Mempunyai 4
orang adik beradik,- Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong
• Isterinya
bernama Dayang Bandang
• Mewarisi
tugas bapanya sebagai Ketua Pemerintah daerah Sungai Sugut
• Hasil
pendapatan daripada pemungut cukai ke atas pedagang yang lalau iaitu Sungai
Sugut
Faktor
Penentangan:
• Mat Salleh
diserang oleh pihak British
• Ianya
disebabkan pihak British tidak senang dengan aktiviti pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut
Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu
Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan
pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh
itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat
Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri.
Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan
pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di
Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar
Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu
Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh.
Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat
Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina
kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar,
Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar
ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat
ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong
atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan
senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan
jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan
perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi
pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan
menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh
tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat
Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang
bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk
memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan
dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh
yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui
ajalnya'.
3) Shariff Osman
Latar
Belakang :
• Nama:
Shariff Osman
• Merupakan
Pembesar dan Ketua di Kota Marudu
• Keturunan
Suluk-Bajau/Brunei
• Isterinya
bernama Dayang Cahaya (anak saudara Sultan Sulu Jamalul Alam)
Faktor
Penentangan
• Pihak
British melarang Shariff Osman untuk memungut cukai di kawasan beliau sendiri
iaitu Kota Marudu
• Penjajah
mengganggu kehidupan seharian penduduk Kota Marudu
• Tindakan
British menimbulkan kemarahan Shariff Osman kerana pemerintahan beliau tergugat
di Kota Marudu
Perjuangan
Syariff Osman atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin
Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah
Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah
diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang
yang berketurunan syariff atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana
Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.
Apabila Kesultanan Sulu mengambil alih beberapa
kawasan di Borneo Utara dari Kesultanan Brunei, Syariff Osman telah dia
amanahkan mentadbir wilayah Marudu. Pada masa ini, Struktur Pentadbiran Borneo
( Sabah ) di bawah Kesultanan Sulu telah dibahagikan kepada tiga wilayah atau
kawasan; iaitu Wilayah Marudu, Wilayah Mangindora dan Wilayah Tirun. Wilayah
Marudu meliputi kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi, Balambangan,
Marudu, Tempasuk, Ambong, Pitas atau Lingkabao, Paitan, Sugut, Labuk dan
berakhir di Teluk Sandakan. Wilayah Mangindora pula meliputi kawasaan Sandakan,
Kinabatangan, Tungku, Sabahan ( Tingkayu ), sehingga ke Sungai Apas. Manakala
Wilayah Tirun menganjur dari Sabahan sehingga ke kawasan Sibuko, Sambakong,
Bulungan dan Berau. Kesemua kawasan ini ditadbir oleh beberapa orang Ketua Sulu
yang terdiri daripada Datu, Shariff, Tuan dan Pangeran. Walau bagaimanapun,
Marudu adalah wilayah utama dan merupakan kawasan yang terbesar sekali di
antara tiga wilayah itu. Marudu diketuai oleh Shariff Osman, Mangindora
diketuai oleh Tuan Abandol ( Sungai Sandakan ), Datu Bandar ( Pangeran ) Betau
(di Segaliud dan mengetuai orang-orang Buludupi/Idaan/Sungai ). Mana kala
Wilayah Tirun ditadbir oleh beberapa orang Datu, antaranya ialah Datu Sapindin
yang mentadbir Sabahan ( sebuah daerah di Teluk Darvel ).
Shariff Osman telah berkahwin dengan seorang puteri
Sulu yang dikenali sebagai Dayang Cahaya iaitu anak Raja Muda Bantilan atau
Sultan Badaruddin. Dayang Cahaya merupakan adinda kepada Raja Muda Sulu iaitu
Datu Mohamad Buyo atau Maharaja Adinda Aranan Puyoh.
Syariff Osman telah mendirikan pusat pentadbirannya
di kawasan Kuala Sungai Besar ( Sungai Bandau-Langkon ( ). Beliau telah
menjalankan perniagaan mengeksport hasil-hasil hutan dan laut seperti kapur
barus, rotan, mutiara, beras bukit, kulit penyu, sarang burung, hasil-hasil
laut dan sebagainya. Pada masa ini, Marudu muncul sebagai kawasan utama
penyumbang hasil-hasil tersebut ke Sulu dan adalah wilayah yang terpenting
sekali di antara semua wilayah Kesultanan Sulu. Syariff Osman juga
dipertanggung jawabkan untuk memungut cukai untuk dirinya dan Sultan Sulu dari
pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di kawasan Marudu. Oleh itu,
beliau telah melantik wakilnya yang terdiri daripada Datu-datu Sulu dan
Ketua-ketua Suku untuk menjalankan tanggung jawab ini.
Pada masa ini juga, aktiviti pelanunan semakin
berleluasa dan tidak dinafikan ada di antara ketua-ketua yang dilantik oleh
Shariff Osman terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya dimulakan
oleh pihak Sepanyol pada masa pelayaran Ferdinand Magellan. Ferdinand Magelland
dicatatkan dalam sejarah oleh Pigafetta sebagai orang yang mula-mula sekali
melanun di kepulauan Sulu( ). Ferdinand Magellan dalam perjalanan dari Sampang
Mengayau ( Borneo ) pada tahun 1521 telah merompak kapal Wizurai Brunei di
perairan Paragua ( Pulau Palawan ) dan menawan Raja Pulau Palawan iaitu Tuan
Mahamud dan anaknya Tuan Ahmad( ). Ferdinand Magelland telah membawa Tuan
Mahamud ke Pulau Palawan dan memaksa penduduk di sana memberi makanan seperti
ayam, kambing, babi, pisang, ubi dan bermacam-macam lagi kepada rombongan
Magellan( ). Sejarah ini telah memulakan aktiviti peperangan di laut di antara
orang-orang barat dan orang-orang tempatan dan selalunya pihak yang kalah akan
dirampas kapal dan harta bendanya. Tawanan akan dijual sebagai hamba di
mana-mana pelabuhan dagang utama. Aktiviti ini juga berlaku di kalangan pihak
yang bermusuhan sama ada di kalangan kapal-kapal dagang barat sesama sendiri
atau di antara pihak barat dan pihak timur. Sebenarnya sejarah penjajahan
baratlah yang memulakan aktiviti ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada
abad ke-18 dan ke-19. Antara kumpulan lanun Borneo dan Sulu yang terkenal ialah
kumpulan orang-orang Illanun ( Irranun ), Balanini ( Bangingi ) dan orang-orang
Dayak Laut.
Sebenarnya, tidak ada satupun dokumen barat mahupun
mana-mana dokumen dari Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu yang dapat
mengesahkan bahawa Syariff Osman telah merompak kapal dagang atau menyerang
kampung mana-mana penduduk tempatan. Kebijaksanaan dan kepimpinan Syariff Osman
sebenarnya adalah faktor utama yang telah menimbulkan rasa kemarahan dan
perasaan cemburu pihak Barat dan beberapa pembesar Brunei. Syariff Osman dan
pengaruhnya yang kuat ketika di Borneo dan Sulu itu boleh mengancam kewibawaan
dan kekuasaan pihak Barat dan Brunei. Lebih-lebih lagi, tindakan Syariff Osman
mengisytiharkan dirinya sebagai " Pemerintah Bebas " telah
menimbulkan kemarahan musuh-musuhnya dan jika tidak dihalang dan dimusnahkan
sudah tentulah Syariff Osman akan menjadi Sultan di Borneo. Pihak pembesar
Brunei, Rajah James Brooke dan pihak British North Borneo akan terancam dan
akan mengagalkan semua agenda mereka di Borneo Utara.
Oleh yang demikian, kemunculan Ketua Bebas seperti
Shariff Osman adalah disebabkan oleh kemerosotan dan lemahnya kekuasaan
Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada masa itu dan disebabkan oleh
meningkatnya ancaman lanun. Dalam hal ini, Shariff Osman adalah pilihan terbaik
untuk memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada penduduk Borneo
Utara, khasnya di Marudu daripada ancaman lanun. Dengan ini, adalah mustahil
seorang ketua yang menjadi pelindung rakyat di wilayahnya menyamun, membunuh,
merogol atau melanun orang-orang yang menjadi rakyatnya sendiri.
Kesanggupan Shariff Osman untuk memberikan
perlindungan terhadap orang-orang di bawah kekuasaannya dan kerelaannya untuk
melindungi rakyatnya daripada ancaman dan serangan lanun-lanun telah
menyebabkan ramai orang yang datang dan tinggal menetap di wilayah Marudu. Ini
menyebabkan berlakunya ledakan penduduk di Marudu sehingga Marudu menjadi
wilayah yang terpenting dan paling ramai didiami penduduk Borneo Utara ketika
itu. St. John dalam bukunya," Life in the Forest of the Far East
"yang ditulisnya pada tahun 1863 menganggarkan penduduk dalam "daerah
Marudu"ketika itu lebih kurang 50,000 orang ( ) . Jumlah ini tidak
termasuk penduduk di kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi dan pulau-pulau
sekitarnya yang juga berada di bawah pemerintahan Shariff Osman. Jumlah
penduduk ini jauh lebih ramai dari penduduk Kerajaan Brunei dan Kerajaan James
Brooke. Negeri Marudu telah muncul sebagai saingan terbaru Kerajaan Brunei dan
Kerajaan Brooke dan jika tidak disekat dan dimusnahkan besar kemungkinan ia
akan mengancam semua kerajaan yang ada di Borneo Utara ketika itu.
Penduduk-penduduk yang tinggal di negeri Shariff Osman terlibat dengan aktiviti
ekonomi penternakan dan perikanan, sementara mereka yang tinggal kawasan
penempatan Shariff Osman menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan( )
Dalam rancangannya untuk memberikan perlindungan
terhadap rakyatnya, Shariff Osman telah dibantu oleh sejumlah besar panglima
dan pahlawan dari Sulu, Brunei dan Borneo yang sanggup menjadi pengikutnya ( ).
Dia telah membina kubu yang kuat di Kuala Sungai Besar yang dilengkapi dengan
senjata api dan dua meriam yang besar. Bahagian depan kubunya telah ditempatkan
kapal-kapal dan perahu perang yang sedia berperang pada bila-bila masa sahaja.
Manakala perairan sungai bahagian hadapan kubunyan telah dipasang dengan rantai
besi yang merentangi perairan kubunya agar kapal-kapal yang menyerang kubunya
tidak dapat mendekati pangkalannya.
4) Pak Musa
Latar
Belakang :
• Juga
dikenali sebagai Adui Unggu & Musa Unggu
• Gelaran
Datuk Maharajalela
• Lahir di
kampong Kusilad, Pitas pada tahun 1867
• Dikebumikan
di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth, Kota
Kinabalu, Sabah
Perjuangan
Pahlawan sabah gunakan perniagan satukan masyarakat
lawan Jepun.
Datuk Maharajalela Musa Unggu atau dikenali Pak Musa
diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah,tetapi tidak ramai yang
tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad
ke-20.
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam
,Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada 1944 keranaa ketokohannya
memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan
Beaufort.
Keadah perniagaan digunakan mirip system koperasi
iaitu pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya
akan dikumpul,sebalum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan
masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun
menganggapnya ancaman kepada mereka.Beliau dan pengikutnya diisytiharkan
sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiaga Borneo Utara
British (SBBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan
yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya
menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (Kini
Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan
pengikutnya,tetapi mereka engganberundur,sebaliknya menyerang balas setiap kali
masyarakat pribunmi di Membakut dan Beaufort dibunuh,ditindas dan diugut
penjajah.
Cucu saudaranya,Subohria Amat Tua,83,berkata Pak
Musa dilahirkan di Kampung Kusilad,Pitas di Utara Sabah pada 1867,tetapi
menjadikan Paitan,Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang
British dan Jepun.
Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk
menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.Ketika zaman penjajahan
British,beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung
Nipis,Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi
PEDANG milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah
Mangsa kekejaman SBBU. Ini menyebabkan beliau
menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913
iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk dan hukuman bunuh ditukar
kepada buang daerah. Turut di buang daerah adalah abangnya Pak Musa,Mondut
danadiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenalai Kuloi dan Ulan yang
diarahkan ke Membakut manakala dua lagi,Serail (Klias,Beaufort) dan Unggal
(Kinarut,Papar)Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke
Membakut.
Suboriah berkata,mangsa kekejaman penjajah itu
meninggalkan kampong halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke
Jesselton(Kini Kota kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan
sendiri.Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB.
Cicit Pak Musa Syehriffah Tanjil mewarisi harta
Pusaka milik Pak Musa
Selain pernah menetap di rumah Pak Musa,subohria
mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya Dauyah Mondut yang
terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas,Kota Marudu,Kota Belud dan
Tuaran.
Beliau berkata,sebaik tiba di Jesselton wakil
Residen British membawa mereka ke Petagas dekat Bandar itu dan menetap di sana
selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut. Suboharia berkata,Pak Musa
sering bertapa di lubang batu di kenali “ wasai” yang kini masih wujud di
kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan,kira-kira 12 kilometer
dari Pekan Membakut.
Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan
persilatan,tokoh itu turut menceri ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat
pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah,katanya.
Suboharia masih ingat,lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil
dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut sebalum diangkut
menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom.
Katanya hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya
yang diperolehi daripada suber kebun dan belantara sekitar Membakut dab
Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barang berkenaan sebelum
dipasarkan. Bagaimanapun,katika itu Kempetei (Perisik tenteta Jepun) sering
keluar masuk Kampong Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya. Jepun
yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak Musa,menukar strategi dengan dengan
mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya.Ini membuatkan Pak Musa
membuat keputusan untuk menyerah diri.
Jepun dikatakan menerima maklumat bahawa ilmu Pak
Musa boleh terakhis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian
memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Suboharia
yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British
berkata,Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya
hilang sekali gus peluang itu digunakan askar Nippon untuk memancung kepalanya.
Senarai
Sumber:
No comments:
Post a Comment