Sunday, September 21, 2014

Tokoh-Tokoh Pejuang di Sabah

Antara tokoh-tokoh yang memperjuangkan Sabah ialah;

a)Antanom
b)Mat Salleh
c) Shariff Osman
d) Pak Musa

1) Antanom



Latar Belakang :
•   Nama sebenar : Ontoros Antanom
•   tahun lahir : 1875
•   merupakan ketua orang Murut di Rundum

Faktor penentangan:
•   SBUB melarang buka tanah baru – akibatnya mereka kekurangan beras
•   Cukai yang membebankan – cukai kepala (1 dollar), cukai tanaman                (50 sen), cukai-cukai memelihara Anjing(1 Dollar)
•   Menjadi buruh paksa – Orang Murut dijadikan buruh paksa untuk                 membina jalan dan memasang kawat telegraf
•   Menzalimi keluarga – suami isteri diletakkan berasingan dan setiap kali kunjungan mesti membayar 1 dollar, dan jika ada dua anak, salah seorang akan dijadikan buruh paksa

Perjuangan:
Revolusi Rundum - Dibawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (British Chartered North Borneo Company - BCNBC), selain mengenakan pelbagai cukai yang tidak pernah didengari oleh penduduk tempatan, pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut yang memiliki dua orang anak untuk menyerahkan seorang dari mereka sebagai buruh syarikat.
Hilang sabar, Ontoros Antonom mengumpulkan hampir seribu pahlawan Murut dari Tenom, Keningau dan Pensiangan untuk menentang empayar British pada tahun 1915. Pegawai British dikejutkan dengan beratus pahlawan Murut membanjiri bangunan pentadbiran mereka dan menyerang mereka. Ontoros Antonom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan rumah.
Pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera yang dilengkapi dengan senjata api bagi menyerang balas. Sungguhpun pihak Murut hanya memiliki senjata asas seperti sumpitan, pedang dan lembing, tentera British gagal menundukkan merekaDengan itu mereka memasang perangkap dengan menawarkan perundingan damai di Rundum. Apabila Ontoros Antonom dan pengikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut, mereka dikepung dan ditahan oleh beratus-ratus tentera British. Selepas itu Ontoros Antonom telah dihukum mati oleh pihak British

2) Mat Salleh



Latar Belakang:
•   Lahir di kampung Inanam
•   Ayahnya bernama Datu Balu (pembesar Sulu) dan pemerintah daerah Sungai Sugut
•   Ibunya bernama Inanam
•   Mempunyai 4 orang adik beradik,- Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong
•   Isterinya bernama Dayang Bandang
•   Mewarisi tugas bapanya sebagai Ketua Pemerintah daerah Sungai Sugut
•   Hasil pendapatan daripada pemungut cukai ke atas pedagang yang lalau iaitu Sungai Sugut

Faktor Penentangan:
•   Mat Salleh diserang oleh pihak British
•   Ianya disebabkan pihak British tidak senang dengan aktiviti pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut

Perjuangan
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.

3) Shariff Osman


Latar Belakang :
•   Nama: Shariff Osman
•   Merupakan Pembesar dan Ketua di Kota Marudu
•   Keturunan Suluk-Bajau/Brunei
•   Isterinya bernama Dayang Cahaya (anak saudara Sultan Sulu Jamalul Alam)

Faktor Penentangan
•   Pihak British melarang Shariff Osman untuk memungut cukai di kawasan beliau sendiri iaitu Kota Marudu
•   Penjajah mengganggu kehidupan seharian penduduk Kota Marudu
•   Tindakan British menimbulkan kemarahan Shariff Osman kerana pemerintahan beliau tergugat di Kota Marudu

Perjuangan
Syariff Osman atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan syariff atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

Apabila Kesultanan Sulu mengambil alih beberapa kawasan di Borneo Utara dari Kesultanan Brunei, Syariff Osman telah dia amanahkan mentadbir wilayah Marudu. Pada masa ini, Struktur Pentadbiran Borneo ( Sabah ) di bawah Kesultanan Sulu telah dibahagikan kepada tiga wilayah atau kawasan; iaitu Wilayah Marudu, Wilayah Mangindora dan Wilayah Tirun. Wilayah Marudu meliputi kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi, Balambangan, Marudu, Tempasuk, Ambong, Pitas atau Lingkabao, Paitan, Sugut, Labuk dan berakhir di Teluk Sandakan. Wilayah Mangindora pula meliputi kawasaan Sandakan, Kinabatangan, Tungku, Sabahan ( Tingkayu ), sehingga ke Sungai Apas. Manakala Wilayah Tirun menganjur dari Sabahan sehingga ke kawasan Sibuko, Sambakong, Bulungan dan Berau. Kesemua kawasan ini ditadbir oleh beberapa orang Ketua Sulu yang terdiri daripada Datu, Shariff, Tuan dan Pangeran. Walau bagaimanapun, Marudu adalah wilayah utama dan merupakan kawasan yang terbesar sekali di antara tiga wilayah itu. Marudu diketuai oleh Shariff Osman, Mangindora diketuai oleh Tuan Abandol ( Sungai Sandakan ), Datu Bandar ( Pangeran ) Betau (di Segaliud dan mengetuai orang-orang Buludupi/Idaan/Sungai ). Mana kala Wilayah Tirun ditadbir oleh beberapa orang Datu, antaranya ialah Datu Sapindin yang mentadbir Sabahan ( sebuah daerah di Teluk Darvel ).

Shariff Osman telah berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang dikenali sebagai Dayang Cahaya iaitu anak Raja Muda Bantilan atau Sultan Badaruddin. Dayang Cahaya merupakan adinda kepada Raja Muda Sulu iaitu Datu Mohamad Buyo atau Maharaja Adinda Aranan Puyoh.
Syariff Osman telah mendirikan pusat pentadbirannya di kawasan Kuala Sungai Besar ( Sungai Bandau-Langkon ( ). Beliau telah menjalankan perniagaan mengeksport hasil-hasil hutan dan laut seperti kapur barus, rotan, mutiara, beras bukit, kulit penyu, sarang burung, hasil-hasil laut dan sebagainya. Pada masa ini, Marudu muncul sebagai kawasan utama penyumbang hasil-hasil tersebut ke Sulu dan adalah wilayah yang terpenting sekali di antara semua wilayah Kesultanan Sulu. Syariff Osman juga dipertanggung jawabkan untuk memungut cukai untuk dirinya dan Sultan Sulu dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di kawasan Marudu. Oleh itu, beliau telah melantik wakilnya yang terdiri daripada Datu-datu Sulu dan Ketua-ketua Suku untuk menjalankan tanggung jawab ini.

Pada masa ini juga, aktiviti pelanunan semakin berleluasa dan tidak dinafikan ada di antara ketua-ketua yang dilantik oleh Shariff Osman terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya dimulakan oleh pihak Sepanyol pada masa pelayaran Ferdinand Magellan. Ferdinand Magelland dicatatkan dalam sejarah oleh Pigafetta sebagai orang yang mula-mula sekali melanun di kepulauan Sulu( ). Ferdinand Magellan dalam perjalanan dari Sampang Mengayau ( Borneo ) pada tahun 1521 telah merompak kapal Wizurai Brunei di perairan Paragua ( Pulau Palawan ) dan menawan Raja Pulau Palawan iaitu Tuan Mahamud dan anaknya Tuan Ahmad( ). Ferdinand Magelland telah membawa Tuan Mahamud ke Pulau Palawan dan memaksa penduduk di sana memberi makanan seperti ayam, kambing, babi, pisang, ubi dan bermacam-macam lagi kepada rombongan Magellan( ). Sejarah ini telah memulakan aktiviti peperangan di laut di antara orang-orang barat dan orang-orang tempatan dan selalunya pihak yang kalah akan dirampas kapal dan harta bendanya. Tawanan akan dijual sebagai hamba di mana-mana pelabuhan dagang utama. Aktiviti ini juga berlaku di kalangan pihak yang bermusuhan sama ada di kalangan kapal-kapal dagang barat sesama sendiri atau di antara pihak barat dan pihak timur. Sebenarnya sejarah penjajahan baratlah yang memulakan aktiviti ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada abad ke-18 dan ke-19. Antara kumpulan lanun Borneo dan Sulu yang terkenal ialah kumpulan orang-orang Illanun ( Irranun ), Balanini ( Bangingi ) dan orang-orang Dayak Laut.

Sebenarnya, tidak ada satupun dokumen barat mahupun mana-mana dokumen dari Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu yang dapat mengesahkan bahawa Syariff Osman telah merompak kapal dagang atau menyerang kampung mana-mana penduduk tempatan. Kebijaksanaan dan kepimpinan Syariff Osman sebenarnya adalah faktor utama yang telah menimbulkan rasa kemarahan dan perasaan cemburu pihak Barat dan beberapa pembesar Brunei. Syariff Osman dan pengaruhnya yang kuat ketika di Borneo dan Sulu itu boleh mengancam kewibawaan dan kekuasaan pihak Barat dan Brunei. Lebih-lebih lagi, tindakan Syariff Osman mengisytiharkan dirinya sebagai " Pemerintah Bebas " telah menimbulkan kemarahan musuh-musuhnya dan jika tidak dihalang dan dimusnahkan sudah tentulah Syariff Osman akan menjadi Sultan di Borneo. Pihak pembesar Brunei, Rajah James Brooke dan pihak British North Borneo akan terancam dan akan mengagalkan semua agenda mereka di Borneo Utara.
Oleh yang demikian, kemunculan Ketua Bebas seperti Shariff Osman adalah disebabkan oleh kemerosotan dan lemahnya kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada masa itu dan disebabkan oleh meningkatnya ancaman lanun. Dalam hal ini, Shariff Osman adalah pilihan terbaik untuk memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada penduduk Borneo Utara, khasnya di Marudu daripada ancaman lanun. Dengan ini, adalah mustahil seorang ketua yang menjadi pelindung rakyat di wilayahnya menyamun, membunuh, merogol atau melanun orang-orang yang menjadi rakyatnya sendiri.

Kesanggupan Shariff Osman untuk memberikan perlindungan terhadap orang-orang di bawah kekuasaannya dan kerelaannya untuk melindungi rakyatnya daripada ancaman dan serangan lanun-lanun telah menyebabkan ramai orang yang datang dan tinggal menetap di wilayah Marudu. Ini menyebabkan berlakunya ledakan penduduk di Marudu sehingga Marudu menjadi wilayah yang terpenting dan paling ramai didiami penduduk Borneo Utara ketika itu. St. John dalam bukunya," Life in the Forest of the Far East "yang ditulisnya pada tahun 1863 menganggarkan penduduk dalam "daerah Marudu"ketika itu lebih kurang 50,000 orang ( ) . Jumlah ini tidak termasuk penduduk di kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi dan pulau-pulau sekitarnya yang juga berada di bawah pemerintahan Shariff Osman. Jumlah penduduk ini jauh lebih ramai dari penduduk Kerajaan Brunei dan Kerajaan James Brooke. Negeri Marudu telah muncul sebagai saingan terbaru Kerajaan Brunei dan Kerajaan Brooke dan jika tidak disekat dan dimusnahkan besar kemungkinan ia akan mengancam semua kerajaan yang ada di Borneo Utara ketika itu. Penduduk-penduduk yang tinggal di negeri Shariff Osman terlibat dengan aktiviti ekonomi penternakan dan perikanan, sementara mereka yang tinggal kawasan penempatan Shariff Osman menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan( )

Dalam rancangannya untuk memberikan perlindungan terhadap rakyatnya, Shariff Osman telah dibantu oleh sejumlah besar panglima dan pahlawan dari Sulu, Brunei dan Borneo yang sanggup menjadi pengikutnya ( ). Dia telah membina kubu yang kuat di Kuala Sungai Besar yang dilengkapi dengan senjata api dan dua meriam yang besar. Bahagian depan kubunya telah ditempatkan kapal-kapal dan perahu perang yang sedia berperang pada bila-bila masa sahaja. Manakala perairan sungai bahagian hadapan kubunyan telah dipasang dengan rantai besi yang merentangi perairan kubunya agar kapal-kapal yang menyerang kubunya tidak dapat mendekati pangkalannya.

4) Pak Musa
Latar Belakang :
•   Juga dikenali sebagai Adui Unggu & Musa Unggu
•   Gelaran Datuk Maharajalela
•   Lahir di kampong Kusilad, Pitas pada tahun 1867
•   Dikebumikan di satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah
Perjuangan
Pahlawan sabah gunakan perniagan satukan masyarakat lawan Jepun.
Datuk Maharajalela Musa Unggu atau dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah,tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan pada awal abad ke-20.
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk Islam ,Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askar Jepun pada 1944 keranaa ketokohannya memajukan ekonomi orang Sungai,Kadazandusun,Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort.
Keadah perniagaan digunakan mirip system koperasi iaitu pelbagai hasil tani,belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan pengikutnya akan dikumpul,sebalum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya ancaman kepada mereka.Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiaga Borneo Utara British (SBBUB). Jepun menganggap Pak Musa berselindung di sebalik perniagaan yang ditaja oleh British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi Borneo Utara (Kini Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya,tetapi mereka engganberundur,sebaliknya menyerang balas setiap kali masyarakat pribunmi di Membakut dan Beaufort dibunuh,ditindas dan diugut penjajah.
Cucu saudaranya,Subohria Amat Tua,83,berkata Pak Musa dilahirkan di Kampung Kusilad,Pitas di Utara Sabah pada 1867,tetapi menjadikan Paitan,Beluran dan Membakut sebagai pangkalan untuk menentang British dan Jepun.
Beliau berhijrah ke Paitan ketika usia remaja untuk menuntut ilmu persilatan dan kebatinan pada 1908.Ketika zaman penjajahan British,beliau bersama pengikutnya menyerang dan membakar Balai Polis Tanjung Nipis,Paitan untuk membela nasib masyarakat pribumi daerah itu yang menjadi PEDANG milik Pak Musa yang digunakan menentang penjajah
Mangsa kekejaman SBBU. Ini menyebabkan beliau menjadi buruan penjajah dan kemuncaknya dibuang daerah ke Membakut pada 1913 iaitu selepas beliau menerima tawaran British untuk dan hukuman bunuh ditukar kepada buang daerah. Turut di buang daerah adalah abangnya Pak Musa,Mondut danadiknya Mualas Unggu serta dua sepupu mereka dikenalai Kuloi dan Ulan yang diarahkan ke Membakut manakala dua lagi,Serail (Klias,Beaufort) dan Unggal (Kinarut,Papar)Mondut meninggal dunia dalam perjalanan dari Petagas ke Membakut.
Suboriah berkata,mangsa kekejaman penjajah itu meninggalkan kampong halaman bersama keluarga masing-masing dan belayar ke Jesselton(Kini Kota kinabalu) menggunakan kapal layar yang mereka sediakan sendiri.Pelayaran enam bulan itu tanpa pengawasan SBBUB.
Cicit Pak Musa Syehriffah Tanjil mewarisi harta Pusaka milik Pak Musa
Selain pernah menetap di rumah Pak Musa,subohria mendapat maklumat kepahlawanan Pak Musa daripada ibunya Dauyah Mondut yang terbabit dalam pelayaran merentasi samudera Pitas,Kota Marudu,Kota Belud dan Tuaran.
Beliau berkata,sebaik tiba di Jesselton wakil Residen British membawa mereka ke Petagas dekat Bandar itu dan menetap di sana selama tiga tahun sebelum diarahkan ke Membakut. Suboharia berkata,Pak Musa sering bertapa di lubang batu di kenali “ wasai” yang kini masih wujud di kawasan air terjun Pak Musa di pinggir Kampung Bambangan,kira-kira 12 kilometer dari Pekan Membakut.
Selain mengukuh dan meningkatkan ilmu batin dan persilatan,tokoh itu turut menceri ilham untuk meningkatkan ekonomi masyarakat pribumi dan membebaskan anak watan daripada cengkaman penjajah,katanya. Suboharia masih ingat,lima perahu besar digunakan untuk mengangkut hasil dagangan Pak Musa dari Kampung Bambangan ke Pekan Membakut sebalum diangkut menggunakan kereta api ke Kota Kinabalu atau Tenom.
Katanya hasil dagangan dikumpul oleh pengikutnya yang diperolehi daripada suber kebun dan belantara sekitar Membakut dab Beaufort serta rumah Pak Musa adalah pusat pengumpulan barang berkenaan sebelum dipasarkan. Bagaimanapun,katika itu Kempetei (Perisik tenteta Jepun) sering keluar masuk Kampong Bambangan untuk memburu Pak Musa dan pengikutnya. Jepun yang menyedari sukar untuk mengalahkan Pak Musa,menukar strategi dengan dengan mengugut akan menangkap dan membunuh keluarganya.Ini membuatkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri.
Jepun dikatakan menerima maklumat bahawa ilmu Pak Musa boleh terakhis jika memasuki kawasan bernajis. Askar Nippon kemudian memasang jerangkap samar pada sebuah lubang najis di dalam penjara. Suboharia yang menyimpan lembing digunakan Pak Musa ketika menentang Jepun dan British berkata,Pak Musa kononnya terjatuh ke dalam lubang itu menyebabkan kekebalannya hilang sekali gus peluang itu digunakan askar Nippon untuk memancung kepalanya.

Senarai Sumber:


Kesan Darurat

Kesan Darurat

- Kesan darurat terbahagi kepada 3 iaitu : Kesan Politik, Kesan Ekonomi dan Kesan Sosial

1.     Kesan Politik

(a)    Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis. Perikatan UMNO-MCA di bawah pimpinan Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Hasil rundingan di London, Tanah Melayu diberi kemerdekaan pada tahun 1957.

(b)    Pengisytiharan darurat menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala terutamanya dari parti politik berhaluan kiri. Parti-parti politik berhaluan kiri yang dilihat bersimpati dengan PKM telah diharamkan oleh kerajaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan MDU. Manakala pemimipin-pemimpinnya pula ditangkap dan dipenjarakan seperti Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad. Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan daripada kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namum, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka.

(c)    Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhkan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. Tujuan penubuhan MCA adalah untuk membuktikan bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM. Penubuhan MCA ini telah dapat mengubah sikap orang Cina terhadap ideologi komunisme dan mereka telah menyokong kerajaan serta banyak membantu kerajaan dari segi memberi pertolongan kepada setinggan-setinggan yang dipindahkan ke kampung-kampung baru.

(d)    Kerajaan British juga telah mengambil beberapa langkah iaitu mengadakan Pilihan Raya Perbandaran George Town di Pulau Pinang (1951), Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952) dan pilihan raya Persekutuan (1955). Dalam pilihan raya Persekutuan, perikatan UMNO-MCA-MIC membentuk kerajaan apabila memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan tersebut mengambarkan rakyat Tanah Melayu telah bersedia untuk merdeka. Kerajaan British telah memulakan rundingan kemerdekaan dan akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

(e)    Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah kearah berkerajaan sendiri. Ahli-ahli dipilih daripada pelbagai kaum bertujuan untuk mewujudkan kerjasama daripada pelbagai kaum. Melalui Sistem Ahli  mereka diberi tanggungjawab dalam jabatan pentadbiran sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.

(f)     Darurat juga telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu terpaksa menandatangani satu perjanjian pertahanan dengan kerajaan Inggeris selepas merdeka. Perjanjian pertahanan ini perlu kerana  Persekutuan Tanah Melayu tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup untuk menentang komunis. Perjanjian pertahanan ini telah menyebabkan wujudnya kecaman dan kritikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu tidak merdeka sepenuhnya kerana masih bergantung kepada kerajaan Inggeris walaupun telah merdeka.


2.     Kesan Ekonomi

(a)    Kerajaan juga terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk untuk membendung komunis. Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 setiap hari bagi tujuan keselamatan untuk menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh pengisytiharan darurat kerajaan membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak $721.9 juta untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. Jumlah ini belum diambil kira peruntukkan kerajaan untuk membangunkan kampung-kampung baru di bawah Rancangan Briggs. Perbelanjaan yang besar ini telah menimbulkan beban kewangan kepada kerajaan iaitu sehingga tahun 1953, Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta. Kedudukan kewangan yang terbatas ini telah menyukarkan kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi Tanah Melayu.

(b)    Pengganas komunis telah bertindak merosakkan landasan kereta api, jalan raya, lombong bijih timah, menyerang kenderaan awam dan menetak beribu-ribu batang pokok getah. Sabotaj yang dilakukan oleh komunis ini bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Akibat tindakan komunis ini, kerajaan telah mengisytiharkan darurat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung yang sering kali menganggu kelicinan urusan perdagangan Tanah Melayu. Keadaan politik Tanah Melayu yang bergolak ini menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.

(c)    Usaha-usaha membanteras darurat yang dijalankan oleh kerajaan British telah meninggalkan kesan yang teruk terhadap ekonomi Tanah Melayu. Rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi yang disebabkan undang-undang darurat. Rakyat menderita dan sengsara akibat keganasan komunis sepanjang darurat. Ladang, lombong dan balai polis menjadi sasaran serangan komunis, disamping terdapatnya serangan ke atas pegawai keselamatan dan orang awam. Kerajaan pula terpaksa menumpukan usaha membanteras pengganas komunis, keadaan ini menyebabkan pengeluaran hasil bumi dan eksport Tanah Melayu terjejas.

(d)    Di bawah Rancangan Briggs, kerajaan telah memindahkan penduduk-penduduk Cina yang tinggal di kawasan luar bandar dan pinggir hutan ke kampung-kampung baru. Kampung baru ini dilengkapi dengan semua kemudahan, dipagari dan dikawal rapi.  Dianggarkan seramai satu hingga dua juta orang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak $7 juta pada tahun 1950 dan meningkat kepada $155 juta pada tahun 1954. Peruntukan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana ekonomi Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua berada di dalam keadaan muflis.

(e)    Kerajaan telah menubuhkan Rural Industri Development Authority (RIDA) pada tahun 1950 yang bertujuan memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar khususnya orang Melayu dan sebagai memenuhi tuntutan mengimbangi penubuhan kampung baru untuk orang Cina.


3.     Kesan Sosial

(a)    Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah  ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan bertindak mencatukan  makanan dan catuan yang dikenakan ini menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun. Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.

(b)    Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan, sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.

(c)    Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.

(d)    Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu.

(e)    Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.

(f)     Dasar Pelajaran Kebangsaan Tanah Melayu digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal berasaskan Penyata Pelajaran Razak 1956, menetapkan kandungan sukatan pelajaran semua jenis sekolah mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar utama di semua sekolah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Kerajaan merasakan perlunya kanak-kanak di Tanah Melayu dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk semangat cinta dan taat setia kepada tanah air.

(g)    Penubuhan Rancangan Briggs menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan kependudukan kaum iaitu 86% penduduknya terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu dan 4% orang India. Perubahan ini telah menyebabkan orang Cina tertumpu di kawasan bandar manakala orang Melayu kekal di kampung tanpa kemudahan moden seperti di kampung baru.


Sumber : http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/kesan-kesan-pengisytiharan-darurat-di.html

Saturday, September 20, 2014

Sejarah Kedatangan Islam ke Borneo

Cara Kedatangan Islam Ke Borneo.

 





1.Permulaan Dakwah Islam di Sabah.
 
Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.
 
Antara nama-nama Pendakwah :
a) Mandur Syarif 
-Menyebar Islam di Daerah Ranau 
 
b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu
 
2. Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.
 
• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.
 
Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:
 
• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam. 
 
3. Agama-agama lain di Sabah
 
• Kristian
• Buddha
• Hindu
• Sikh
• Pagan
  
4. Purata penduduk bukan Islam di Sabah
 
  • Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah.
  • Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.

PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA

PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA

DEFINISI NASIONALISME                                                                                   

  • SEMANGAT CINTA AKAN TANAH AIR BAGI MENENTANG PENJAJAHAN SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP BRITISH
 
1. Dasar Penaklukan British
  • Dasar penaklukan British terhadap daerah mereka spt di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  •  Dasar penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
  •  Cth. apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
 

2. Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan.
  •  Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
  •  Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah.

3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.
  •  British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum.
  •  Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
 




4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan.
  •  British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
  •  Cth. Di Perak, J.W.W. Birch campur  tangan dalam adat resam masyarakat Melayu.
 

5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh.
  •  Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah.


6. Kesulitan Penduduk Tempatan.
  • Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka.
  • Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka.
 











FAKTOR-FAKTOR PEMANGKIN NASIONALISMA DI MALAYSIA
 

1. Pengenalan Sistem Politik Barat
  • British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
  • Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British.
  • Perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka serta menjatuhkan maruah mereka.
 

2. Perkembangan Sistem Pendidikan.
  • Muncul golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
  •  Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
 

3. Dasar British.
  • British telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu.
  •  Kemasukan org asing telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu.
  •  Keadaan ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan.
  •  British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan serba kekurangan.
  •   Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar.
 





4. Pendudukan Jepun
  •  Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
  •  Jepun menggalakkan org tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka.
  •  Bagaimanapun, kesengsaraan dan kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.

5. Penguasaan Parti Komunis Malaya
  •  PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
  •  Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun.
  •  Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM.


6. Kemunculan Mesin Cetak

  •     Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British.
  •     Buku-buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah dapat disebarkan. 


7. Gerakan Pan-Islamisme Sedunia

  •     Gerakan Pan-Islamisme – Gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yg lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan.
  •     Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam di seluruh dunia.
  •     Dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.
  •     Dalam tulisannya, beliau telah memberi kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan.
  •     Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama.
 


8. Kesedaran politik Serantau

  •     Indonesia yg amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
  •     Hasil karya penulis dari Indonesia berkaitan nasionalisme telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu terutama yang berpendidikan vernakular Melayu.
  •     Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka dapat dihayati oleh masyarakat  tempatan.
 
 



Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/01/nota-ringkas-sejarah-tingkatan-5-spm.html#ixzz3DaA56I5s
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook
Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/01/nota-ringkas-sejarah-tingkatan-5-spm.html#ixzz3Da80ZlgW

Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Keprihatinan malaysia terhadap pembangunan insan

Keprihatinan malaysia terhadap pembangunan insan

Malaysia memberi penekanan yang tinggi terhadap pembangunan insan kelas pertama dimana
bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.
Oleh itu, isu-isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama,
pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus diambil perhatian
lebih untuk menghasilkan kecemelangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020.

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.
( Petikan Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-48 Tahun 2005 )
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan






Pendidikan dan Kemahiran

Kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu, usaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara pada semua peringkat dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan di Malaysia.Kemuncak kepada kesungguhan kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai medan melahirkan generasi graduan berkualiti dan bertaraf dunia ialah pelancaran Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) Melangkaui Tahun 2020 pada 27 Ogos 2007.Pelan tersebut yang dilancarkan sendiri oleh Perdana Menteri jelas menyediakan landasan kukuh dalam meningkatkan kecemerlangan (Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) negara.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed menegaskan bahawa PSPTN akan melonjak usaha murni kerajaan untuk melihat lebih ramai modal insan kelas pertama dilahirkan oleh PTA dan IPTS tempatan.
“Kita mensasarkan perubahan radikal akan berlaku dalam setiap aspek pendidikan tinggi negara dengan perlaksanaan sepenuhnya PSPTN ini,” katanya kepada Bernama.
PSPTN juga katanya adalah kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan Abdullah pada Januari 2007 untuk meningkatkan kecemerlangan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menterjemahkan hasrat ini menjadi pelan tindakan yang mesti dilaksanakan di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu :

(i) Meluaskan akses dan meningkatkan Ekuiti;
-Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan tertiari)
 -Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan tertentu)





(ii) Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran;
-Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industry
-Penambahbaikan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan
    Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran
    100,000 PhD atau setaraf


(iii) Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi;
- Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja)
 -6 buah Universiti Penyelidikan
  -20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa
   - Budaya inovasi dalam kalangan pelajar
    -10% hasil penyelidikan dikomersialkan


(iv) Memperkasakan institusi pengajian tinggi;
-Satu (1) atau dua (2) buah Universiti APEX daripada kalangan IPT dalam tempoh terdekat
 - Tiga (3) IPT antara 100 universiti terbaik dan satu antara 50 universiti terbaik di dunia
   -Kuasa autonomi mengikut KPI
    -75% pensyarah berkelayakan PhD
   - Penarafan IPT mengikut KPI





(v) Mempergiatkan pengantarabangsaan;
 -Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar negara
   -Purata 10% keseluruhan enrolmen pelajar antarabangsa
  -5% pelajar antarabangsa dalam kursus kompetitif
   - Pelajar pascakedoktoran di IPT terbaik dunia (top schools)
    -Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar antarabangsa di Universiti Penyelidikan
   - Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit
   - Biasiswa Antarabangsa Malaysia


(vi)Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat;
   - Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui MQF
    -Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu
   - Peningkatan penyertaan golongan dewasa
   - Laluan alternatif dan mobiliti program


(vii)Mengukuh Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi;
-KPT sebagai pemudah cara sistem penyampaian terbaik Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan
-KPI - berdasarkan prestasi Perbelanjaan berhemah
    Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit





Mantan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berucap mengenai modal insan ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen pada 31 Mac 2006 iaitu :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpcKU1bXSBOXs5AZUFYFkSGNyHLdtvsPNVQavg073C2SWZJRh-i5rzvqwYx9mGcXIM4IaYOcJYDHjbyZh_SsPnt1h0Bpevmb_GTZK04ZJ79p0HIun2jus_KXDhfhWLpdnKri4doPr9NkOQ/s1600/abdullah.jpgSekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita ingin menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan,kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama










Institut Kajian Dasar
Institut Kajian Dasar (IKD) yakin bahawa pembangunan insan ialah prasyarat kepada seluruh program pembangunan nasional. Tupuan utama IKD ialah pembangunan insan yang holistik sifatnya.
IKD sedar sebagai langkah untuk menjamin kejayaan sesebuah negara, golongan mestilah menyalurkan masa dan tenaga kepada kegiatan-kegiatan yang sihat. IKD menyediakan latihan untuk mereka dalam pelbagai aspek termasuklah pembentukan akhlak, ciri-ciri kewarganegaraan yang baik, pembinaan negara bangsa dan pengurusan organisasi. Beberapa siri seminar diadakan dengan tujuan menghidupkan semula nilai- nilai kemanusiaan sejagat, keberanian, toleransi agama, dan saling hormat menghormati terutamanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
IKD berjuang demi keadilan sosial. Kekayaan negara ini mestilah diagihkan secara adil tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak berdasarkan pegangan agama atau latarbelakang keturunannya. Tidak ada satu sektor pun dalam masyarakat yang harus dipinggirkan oleh arus utama pembangunan ekonomi. Kita bertekad membina masyarakat adil dan penyayang.
Perindustrian dan perbandaran telah mengubah struktur masyarakat dan menggugat nilai-nilai kehidupan kekeluargaan. Kekayaan negara dari satu segi menjejaskan semangat kesukarelaan di kalangan anggota masyarakat. Semuanya ini mesti diperbetulkan dalam usaha kita untuk mencapai status negara maju dan masyarakat mampan dalam acuan kita sendiri tanpa mengorbankan nilai-nilai keagamaan dan ketimuran yang kita sanjungi.
Institut ini menghargai sumbangan wanita terhadap kemajuan negara. Kedua-dua kaum lelaki dan wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Kita yakin bahawa pembangunan nasional akan dipermudahkan sekiranya pendekatan kita kepada masalah gender ialah pendekatan kerjasama.
Dengan meningkatnya peranan Malaysia dan rantau ini di arena antarabangsa, IKD juga melihat keluar. Penglibatan kita dalam menggalakkan kerjasama serantau bertolak daripada keyakinan kita bahawa perkongsian kekayaan di rantau ini ialah prasyarat terhadap kestabilan serantau. Tidak ada suatu bangsa atau negara pun yang harus diketepikan daripada kemakmuran ini. Kemasukan negara anggota yang baru ke dalam ASEAN sepatutnya dipermudahkan. Usaha-usaha pelbagai hala untuk memastikan wujudnya satu platform yang lebih baik bagi negara-negara rantau ini bertukar- tukar pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi juga patut digalakkan.






Rujukan:
Posted by recca jane at 7:48 PM